Wednesday, June 24, 2009

PEMBAZIRAN MASA...

Demi masa sesunguhnya manusia sentiasa di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Demikianlah ajaran Islam. masa cukup dihargai, pembaziran untuk tujuan yang sia-sia amat dicela, sebab itu solat ibadah utama dalam islam menekankan akan ketepatan soal masa. Islam juga menuntut umatnya bila berjanji ditunaikan, ini juga melibatkan masa, selain diingatkan tentang akan perlunya diisi perkara yang bermanfaat, semasa muda, di masa senang, dimasa hidup, dimasa lapang, agar tidak dilibatkan perkara-perkara mungkar.

Ironinya 'punctuality', masa, ketepatan amat ditekankan dalam ajaran Islam. Namun dalam konteks kehidupan lebih 16 juta umat Islam di Malaysia perhatikan amalan rutin ini :

a) Masa bekerja 8 jam sehari dikalangan kakitangan awam..berapa banyak masa diperuntukkan untuk melepak di kantin pejabat, mengurus kerja-kerja di luar pejabat yang tidak ada kaitan dengan kerja pejabat?

b) Berapa banyak masa, dihabiskan untuk mengunjungi pesta konsert, perlawanan bola, mendengar ceramah politik, bermesyuarat, berseminar, jomheboh, pasar malam, pasar tani, pekan nat, sehingga tergadai masa untuk melaksanakan ibadah wajib yakni solat fardhu?.

c) Berapa banyak masa dihabiskan untuk beremai, bercit cat, melayari blog yang memaki hamun, mendegar berita kontroversi, fitnah dan sumpah seranah?.

d) Berapa banyak masa kita habiskan untuk mengata orang.,mengaibkan orang dan menfitnah orang?.

e) Berapa banyak masa yang diperuntukkan oleh umat Melayu Islam untuk berhibur, berclubbing, mabuk, dan melakukan kerja maksiat dan sia-sia?.

f) Berapa banyak masa yang dihabiskan oleh umat melayu Islam untuk berpolitik?, tak habis-habis, kaum lain mengejar kekayaan duniawi, tetapi yang melayu Islam, kekayaan duniawi pun tidak dikejar, kebahagian ukhrawi pun akhirnya terlepas.

g) Berapa banyak masa kita habiskan untuk mengundi SMS peserta o La La, Mentor, Malaysian Idol,.Oner in A Million, Akademi Fantasia..

h) Berapa banyak masa kita habiskan untuk melayani tontonan siaran langsung EPL, Confederation Cup, tahun hadapan World Cup?

MASA HANYA ADA TIGA RUANG.. MASA NAN LALU, MASA KINI DAN MASA HADAPAN..