Monday, April 28, 2008

HANG TUAH ATAU HANG JEBAT?

Dalam komuniti masyarakat mana sekalipun, baik organisasi, institusi dan agensi disektor awam, swasta, pertubuhan politik, dek kerana kepentingan diri, matlamat mengampu untuk diberi laluan mudah, naik pangkat atau apa juga manfaat yang kebendaan serta status, menerusi kaedah yang tidak bermoral, maka ramailah berpewatakan Hang Tuah. Penyataan, Ok Boss, Baik dan Beres Dato' Sri, Yes sir adalah ungkapan stereotype, sematapmata mahu melindungi dari penyataan dan percakapan yang benar.

Justeru itu ramai dari kalangan komuniti kita menganuti aqidah 'berbohong'. berbohong, taat membuta tuli satu kemestian, alasannya untuk hidup. Patuh dan tunduk secara semborono menjadi budaya totok, sehingga yang salah dianggap benar, dan yang benar dianggap salah. Mana dia watak Hang Jebat dalam segmen masyarakat kita?, Bilakah lagi akan muncul Hang Jebat, yang kerjanya mengorbankan kepentingan diri demi pembelaan untuk orang lain. Bersifat pejuang, pembela, demi menegakkan kebenaran meskipun akhirnya dicaci, ditohmah dan dilabel sebagai 'penderhaka'. Jebatkah kita, Hang Tuah kah kita? atau Hampeh kah kita?.

KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN KLAS MELAYU

Konsep kedaulatan negara, 'ketuanan Melayu', kemuliaan bangsa(sekadar beberapa contoh) dan pelbagai lagi elemen of social control, apakah ianya sekadar satu konsep atau diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang wajar. Sibuk disana-sini kalangan yang berligar pentingnya memulihkan ketuanan Melayu, yang dikatakan terhakis, pudar, malap kesan PRU ke-12. Isunya siapa penyebab dan punca ketuanan Melayu terhakis?.
Siapa yang memulakan episod kemuliaan Islam tercemar?. Bukankah bangsa Melayu dan orang Islam itu sendiri, sama ada dia itu bergelar pemimpin, ahli parti, pimpinan kerajaan, pembangkang, sama-sama punyai syer yang sama rata. Persoalannya apakah budaya tipikal Melayu dan Islam tidak boleh bersatu?. Apakah ianya pewarisan genetik, pengaruh persekitaran, latarbelakang dan pengalaman hidup ataupun memang Melayu dan Islam dicirikan begitu rupa. Tampak nyata, yang salah bukan anutan agama atau rasnya, tetapi sifat dan sikap manusia itu sendiri. Fikir-fikirkanlah, gelora politik semasa yang dihebohkan kini, politik kaumkah?, mempertahan dan melindungi ketuanan Melayukah? ataupun memelihara status quo ketuanan segolongan klas di kalangan bangsa Melayu?.

APA SELEPAS INI?

222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah hari ini 28/4/08. Diharapkan 82 wakil pembangkang menjadi wakil yang berkesan. Tuntut penurunan harga minyak, bersihkan rasuah, korupsi dan kronisme dalam kerajaan. Desak amalan pentadbiran yang telus, bahagiakan rakyat dengan perjuangan anda. Jangan sekadar dibuai kerusi empuk dan status YB, jadilah seorang pejuang bukan petualang. Manfaatkan penggal anda sebagai Ahli Dewan Rakyat dengan berbuat jasa bukannya dosa. biar jasa jadi kenangan agar bila mati kelak meninggalkan nama yang tersohor lagi kudus.