Konsep kedaulatan negara, 'ketuanan Melayu', kemuliaan bangsa(sekadar beberapa contoh) dan pelbagai lagi elemen of social control, apakah ianya sekadar satu konsep atau diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang wajar. Sibuk disana-sini kalangan yang berligar pentingnya memulihkan ketuanan Melayu, yang dikatakan terhakis, pudar, malap kesan PRU ke-12. Isunya siapa penyebab dan punca ketuanan Melayu terhakis?.
Siapa yang memulakan episod kemuliaan Islam tercemar?. Bukankah bangsa Melayu dan orang Islam itu sendiri, sama ada dia itu bergelar pemimpin, ahli parti, pimpinan kerajaan, pembangkang, sama-sama punyai syer yang sama rata. Persoalannya apakah budaya tipikal Melayu dan Islam tidak boleh bersatu?. Apakah ianya pewarisan genetik, pengaruh persekitaran, latarbelakang dan pengalaman hidup ataupun memang Melayu dan Islam dicirikan begitu rupa. Tampak nyata, yang salah bukan anutan agama atau rasnya, tetapi sifat dan sikap manusia itu sendiri. Fikir-fikirkanlah, gelora politik semasa yang dihebohkan kini, politik kaumkah?, mempertahan dan melindungi ketuanan Melayukah? ataupun memelihara status quo ketuanan segolongan klas di kalangan bangsa Melayu?.
No comments:
Post a Comment