Showing posts with label sosiologi. Show all posts
Showing posts with label sosiologi. Show all posts

Thursday, August 02, 2007

BICARA TANPA ILMU, AKAL DAN AKHLAK

Pernahkan anda terlibat dalam sebarang mesyuarat, perundingan atau apa jua diskusi yang akhirnya tidak mendatangkan apa-apa keputusan?

Pernahkah anda mendengar pandangan yang bukan bertujuan membina, tetapi punyai agenda terselindung untuk menjatuhkan maruah dan keperibadian anda?

Apa pernahkah anda mendegar komen sama ada dari rakan taulan yang bukan dikategorikan sebagai nasihat? tetapi lebih bermaksud menghina dan memperlekehkan anda.

Puncanya... kerana orang yang berbicara, atau bercakap itu tidak menggunakan landasan dan kekuatan ilmu, akal dan akhlak dirinya.

Ilmu yang digunakan hanyalah ilmu pembohong, pembelit dan ilmu picisan.

Akal yang digunakan pula, adalah akal yang jumud lagi kolot

Akhlak yang dipakai pula akhlak monyet dan beruk di rimba, yang terkinja dan terlompat ke sana- sini seperti kata pepatah 'seperti beruk mendapat bunga'

Sunday, March 25, 2007

RASUAH DAN TUJUAN HIDUP


Katakan anda sedang memberikan satu pidato umum kepada sekumpulan pegawai dan kakitangan kerajaan dalam sebuah majlis motivasi. Saya sarankan sebagai 'killer question' untuk lift up the mood tanya soalan ini "Siapa dari kalangan anda yang tidak pernah mengambil, melihat, memberi atau menerima rasuah, angkat tangan?.

Saya terlalu yakin dan percaya tidak akan ada seorangpun yang jika dibuat ukuran ikhlas, tidak menipu dirinya sendiri akan sanggup menggangkat tangan. Demikianlah penangan rasuah. Profesion tertua dalam tamadun dunia sama seperti pelacuran. Dari zaman Adam a.s. sehingga ke khatamal nabiyi, Muhammad s.a.w, manusia pilihan Allah s.w.t semuanya cuba dirasuah, digula-gulakan supaya kebenaran dan prinsip mereka goyah, lalu akan rosaklah umat yang dipimpin. Indonesia di awal kemerdekaan begitu korupsi sehingga ramai pimpinan tentera menjadi kaya raya kerana ada sebuah Bank khusus untuk tentera dimana disitulah berlakunya lubuk rasuah.


Pakistan hampir runtuh gara-gara rasuah dalam semua peringkat sepertimana yang dinukilkan oleh Tibor Mendez. Ibnu Khaldun semasa menjadi hakim pernah mahu dirasuah tetapi kerana prinsip, dan sifat amanah rela melepaskan jawatan kerana tidak mahu bersekongkol dengan dosa tersebut. Wang Ah Shih, tokoh birokrat zaman feudal China pernah berkata, punca rasuah kerana dua, 'undang-undang yang buruk dan manusia yang jahat. Kalaupun undang-undang sedia ada terbaik sekalipun, jika orang yang diamanahkan dengan jawatan berkenaan adalah orang yang jahat dan tidak layak maka tunggulah kehancuran akibat rasuah.

Rasuah berlaku di semua peringkat, rasuah adalah budaya dominan manusia yang mahu hidup mewah diluar kemampuan dan pendapatannya. Rasuah adalah jalan mudah menuju kekayaan tanpa perlu bersusah payah. Tetapi kesannya bakal menimbulkan implikasi yang pelbagai kepada keluarga, individu, pegangan agama, nilai moral dan kesejahteraan negara. Rasuah itu dosa, rasuah hukumnya haram, rasuah yang paling merbahaya bukan terbatas pada rasuah wang, tetapi rasuah moral, rasuah ilmu dan rasuah agama. BANGSA BENCI RASUAH, harus menjadi tagline dan pegangan semua komuniti supaya gejala ini boleh diperangi dan dibanteras di peringkat atasan hingga ke akar umbi.


Thursday, February 08, 2007

TAHUN KHINZIR, TAHUN BARU CINA


Gong Xi Fatt Choy just around the corner. Limau mandarin datang lagi, angpau merah bertukar tangan. Akan tetapi melihat mood ekonomi yang makin suram, timbul tandatanya apakah Gong Xi Fatt Choy bagi tahun khinzir mengikut lunar kalendar Cina bakal memakmurkan bumi Malaysia. Komen ringkas dari rakan-rakan peniaga keturunan Tionghua dan lain-lain banyak yang negatif, business agak perlahan, jualan kurang, pendapatan merosot. Sebenarnya kita harus kagum kepada masyarakat Cina. Punyai kekuatan kendiri, jaringan hubungan perniagaan yang mantap, sentiasa strive for excellent, kerja keras dan kuat, mereka ini kadangkala ibarat 'hostile society' namun dalam apa jua keadaan mampu muncul dan tersohor sebagai peniaga yang bijak.

Kenapa bangsa dan kaum lain gagal menyerlah berbanding kaum yang berkulit kuning langsat dan bermata 'sepet' ini. Apakah kejayaan dalam perniagaan ada kaitan dengan keturunan, ras, gen atau warna kulit? Apakah ramuan atau rahsia yang membolehkan kaum Cina terus maju dan mampu menguasai ekonomi di mana sahaja mereka berada? Apa pengajaran terbaik yang kita boleh pelajari dari kesungguhan mereka?. Kita tidak perlu cemburu sebaliknya mencari rahsia kekuatan dan kebolehan kaum Cina di bidang ini.