Wednesday, April 18, 2007

IJOK DAN SINDROM MERAJOK



Hendak kupeluk gunung yang tinggi,
Tiada terdaya mati di kepok
Semangat juang penuh di hati,
Menjulang rasa diam di Ijok

Calon ini lawa, kata si Sammy
Disebelah sana Khalid menanti
Bukanlah Khalid si suami Siti,
Tapi Khalid orang PNB.

Ijok sama seperti Lunas,
Perlu tenaga dan kerja keras,
Semua orang berasa cemas,
Bahang perkauman dilepas bebas

Mengundi dengan bijak laksana
Pilih parti,calon yang tahu bekerja
Jangan dipilih mengikut rasa
Kelak nanti rosak binasa

Thursday, April 12, 2007

TERBUKTI SUDAH....


Bermula dengan Pengkalan Pasir, diikuti Batu Talam, menyusul kemudiannya Machap dan bakal berlansung di Ijok, jelas membuktikan BN terus diyakini untuk menjayakan 'politik pembangunan'. Tewasnya pakatan pembangkang secara bersiri menjelaskan tiga perkara.
Pertama, BN terus diberi kepercayaan oleh pengundi untuk mengemudi negara dalam soal pemerintahan dan pembangunan. Keduan lemahnya halatuju, ideologi dan gerakerja pembangkang untuk menggugat legasi BN. Ketiga, betapa tersusun dan sitematiknya gerakerja jentera pilihanraya BN hasil muafakat semua parti komponen.
Menerusi konsep dan amalan 'simple majority', walau dengan kelebihan satu undi parti berkenaan akan dikira menang dalam sesuatu pilihanraya yang diadakan. Dengan segala macam kelebihan, track-record yang terbukti, legasi BN dalam persada politik negara dijangka akan terus diberi mandat untuk mengepalai negara sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 dekad akan datang.
Justeru, Nak Nafi Apa Lagi...

Monday, April 02, 2007

DILEMA TAK BERKESUDAHAN

Sampai bila isu tentang nasib Melayu akan diperkatakan?. Berapa lama lagi signifikan parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, DAP, GERAKAN, PAS, PKR dalam percaturan politik Malaysia?. Apakah akan sampai satu ketika di mana rakyat Malaysia tidak perlukan lagi parti politik sebagai wahana untuk mereka menyatakan aspirasi dan kehendak mereka?. Akan tibakah satu hari nanti, isu-isu politik tidak lagi diminati, sebaliknya yang ditumpu adalah soal kemasyarakatan, pembelaan golongan kurang bernasib baik, usaha hidup bermasyarakat secara muafakat. Akan tibakah nanti di mana garis perkauman, batas agama tidak lagi menjadi isu sensitif yang dibicara bualkan?.
Apakah akan sampai satu tahap di mana rakyat Malaysia berdikari, kuat jatidiri, berdisplin, patuh pada janji, peraturan dan bekerja kuat untuk diri, keluarga dan negaranya?. Akan tibakah satu saat di mana masyarakat tidak lagi perlu ketakutan menghadapi ancaman Mat rempit, penjenayah, perogol, kaki pukau, dan skim cepat kaya?. Adakah akan sampai satu masa di mana masyarakat Malaysia berbilang kaum tidak lagi akan ada prasangka, satu sama lain. Masing-masing mengamalkan satu budaya dan bahasa. Akan adakah nanti lahirnya satu masyarakat Malaysia yang ikhlas, tidak pentingkan diri, tidak berhasad dengki, saling bantu-membantu antara satu sama lain?.
Apakah akan tiba suatu ketika di mana Malaysia mendapat pemimpin, pegawai kerajaan dan birokrasi serta CEO GLC atau syarikat swasta yang beramanah, beriman, kuat pegangan agama, manis tutur katanya, baik akhlaknya, tidak rasuah dan simpati kepada nasib bangsanya. Tidak pula menggadai maruah negara dan rakyatnya dan hidup serba sederhana?. Tercapaikan impianku ini, selagi ada hayat untuk melihat semua itu berlaku?. Rupanya aku mengelamum, rupanya negaraku akan lebih bercelaru, aku mohon padamu Ya Allah selamatkanlah negaraku, selamatkanlah anak bangsaku, selamatkanlah anak-anaku dan kaum keluargaku, pelihara dan terus berkatilah negara ini. Amin Ya Rabbul A'lamin.