Thursday, July 24, 2008

KEMPEN 'HARI TANPA POLITIK"

Rasanya sudah terlalu banyak pergolakan yang berlaku dalam negara kebelakangan ini. Baik kegawatan politik mahupun tekanan kemelesetan ekonomi. Marilah sama-sama kita mendokong usaha untuk menjayakan kempen 'HARI TANPA POLITIK'. Biar negara ini lebih tenang, aman dan fikiran rakyat tidak bercelaru memikirkan banyak perkara yang mendatang..

Tuesday, July 01, 2008

MARILAH DUDUK SEMEJA, BERBINCANG DAN BERSATU..

Suka saya menyarankan agar pimpinan utama orang-orang Melayu demi survival bangsa dan kepentingan agama selain memelihara maruah diri, adab dan imej keluarga, untuk duduk semeja, berbincang.
Dengan bersaksikan alim ulama di ketuai oleh Dr. Harun Din, Dr. Mohd Asri Zanol Abidin, saya pinta Tun Dr. Mahathir, YAB PM, TPM, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat untuk duduk berbincang, fikirkan kepentingan bangsa dan agama, ketepikan sementara agenda peribadi dan kepentingan politik parti.

Monday, June 30, 2008

PERHATIKAN TAHUN-TAHUN INI...

1957-Tanah Melayu Merdeka
1967-Pergaduhan Kaum di Bukit Mertajam
1977-78-Dahrurat di Kelantan
1987-88-Persaingan jawatan dalam UMNO dan pengharaman UMNO
1998-Gerakan reformasi akibat kes liwat dan pecat DSAI
2008-Anwar Ibrahim dituduh meliwat...
Bermakna dalam sejarah Malaysia, setiap 10 tahun sekali akan ada peristiwa besar berlaku yang bakal menggugat kesejahteraan hidup rakyat..MUDAH-MUDAHAN NEGARA INI TERUS DILINDUNGI ALLAH S.W.T DARI SEBARANG MARA BAHAYA..

Thursday, June 05, 2008

UBAH GAYA HIDUP

Akhirnya yang ditunggu sudahpun tiba. Kesan ekonomi global menjengah di bumi Malaysia. Rakyat dihadiahkan dengan kenaikan bahan bakar asas, petrol dan diesel, agar bebanan subsidi kerajaan berkurang.

Bagi yang memiliki banyak kereta, jualkanlah, yang berkereta pula, ubah dengan menaiki motor, yang menaiki motor kita ubah dengan menunggang basikal, dan yang berbasikal kita berjalan kaki. Rakyat sihat, produktiviti meningkat dan negara bertambah maju.

Marilah kita kekal susah, miskin dan susut pendapatan benar kita, namun dalam masa yang sama kita kekalkan agar bapak-bapak Menteri kita terus bersenang lenag.

Rakyat Malaysia umumnya, marilah kita menjadi pemakan 'ubi rebus' ubi gadung, ubi kemilin dan ubi kayu, dalam kenaikan harga makanan ruji, yakni beras.

Kita ubah cara hidup kita dengan mandi air perigi atau telaga, kita menggunakan pelita minyak tanah atau 'gasoline' untuk menerangi rumah kita.

Marilah kita bersama-sama ubah gaya hidup kita, sebelum seluruh rakyat Malaysia 'naik minyak'.

Wednesday, May 14, 2008

62 TAHUN, AKAN KEKAL ATAU BAKAL PUPUS?

11 Mei 2008, usia UMNO menjengah 62 tahun. Jasa, budi UMNO terlalu banyak. Namun, kebongkakan, keegoan dan kesalahan moral pimpinannya menyebabkan perjuagan asal UMNO membela kepentingan Melayu dan rakyat Malaysia amnya makin pudar.
Sumbangan dan jasa UMNO terlalu banyak untuk dicoretkan. Sebahagian besar sejarah pembangunan negara dilakar oleh UMNO. Isunya, apakah UMNO akan terus kekal atau bakal pupus?. UMNO kah yang tidak lagi relevan atau pimpinannya yang menjadikan UMNO kini makin dijauhi? .Khusunya oleh generasi ketiga dan keempat. Hanya masa, ketika dan takdir yang mampu menentukannya.

Monday, April 28, 2008

HANG TUAH ATAU HANG JEBAT?

Dalam komuniti masyarakat mana sekalipun, baik organisasi, institusi dan agensi disektor awam, swasta, pertubuhan politik, dek kerana kepentingan diri, matlamat mengampu untuk diberi laluan mudah, naik pangkat atau apa juga manfaat yang kebendaan serta status, menerusi kaedah yang tidak bermoral, maka ramailah berpewatakan Hang Tuah. Penyataan, Ok Boss, Baik dan Beres Dato' Sri, Yes sir adalah ungkapan stereotype, sematapmata mahu melindungi dari penyataan dan percakapan yang benar.

Justeru itu ramai dari kalangan komuniti kita menganuti aqidah 'berbohong'. berbohong, taat membuta tuli satu kemestian, alasannya untuk hidup. Patuh dan tunduk secara semborono menjadi budaya totok, sehingga yang salah dianggap benar, dan yang benar dianggap salah. Mana dia watak Hang Jebat dalam segmen masyarakat kita?, Bilakah lagi akan muncul Hang Jebat, yang kerjanya mengorbankan kepentingan diri demi pembelaan untuk orang lain. Bersifat pejuang, pembela, demi menegakkan kebenaran meskipun akhirnya dicaci, ditohmah dan dilabel sebagai 'penderhaka'. Jebatkah kita, Hang Tuah kah kita? atau Hampeh kah kita?.

KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN KLAS MELAYU

Konsep kedaulatan negara, 'ketuanan Melayu', kemuliaan bangsa(sekadar beberapa contoh) dan pelbagai lagi elemen of social control, apakah ianya sekadar satu konsep atau diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang wajar. Sibuk disana-sini kalangan yang berligar pentingnya memulihkan ketuanan Melayu, yang dikatakan terhakis, pudar, malap kesan PRU ke-12. Isunya siapa penyebab dan punca ketuanan Melayu terhakis?.
Siapa yang memulakan episod kemuliaan Islam tercemar?. Bukankah bangsa Melayu dan orang Islam itu sendiri, sama ada dia itu bergelar pemimpin, ahli parti, pimpinan kerajaan, pembangkang, sama-sama punyai syer yang sama rata. Persoalannya apakah budaya tipikal Melayu dan Islam tidak boleh bersatu?. Apakah ianya pewarisan genetik, pengaruh persekitaran, latarbelakang dan pengalaman hidup ataupun memang Melayu dan Islam dicirikan begitu rupa. Tampak nyata, yang salah bukan anutan agama atau rasnya, tetapi sifat dan sikap manusia itu sendiri. Fikir-fikirkanlah, gelora politik semasa yang dihebohkan kini, politik kaumkah?, mempertahan dan melindungi ketuanan Melayukah? ataupun memelihara status quo ketuanan segolongan klas di kalangan bangsa Melayu?.

APA SELEPAS INI?

222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah hari ini 28/4/08. Diharapkan 82 wakil pembangkang menjadi wakil yang berkesan. Tuntut penurunan harga minyak, bersihkan rasuah, korupsi dan kronisme dalam kerajaan. Desak amalan pentadbiran yang telus, bahagiakan rakyat dengan perjuangan anda. Jangan sekadar dibuai kerusi empuk dan status YB, jadilah seorang pejuang bukan petualang. Manfaatkan penggal anda sebagai Ahli Dewan Rakyat dengan berbuat jasa bukannya dosa. biar jasa jadi kenangan agar bila mati kelak meninggalkan nama yang tersohor lagi kudus.

Tuesday, January 15, 2008

APA LAGI YANG TAK KENA

Indeks jenayah 13.4%, ekonomi negara diramal suku ketiga 6%, indeks Bursa Malaysia melepasi paras 1,500 mata. Pinjaman perumahan untuk golongan tidak berpendapatan tetap RM50 juta. Yuran sekolah ditiaadakan, bantuan segera menjelang 31 janurai untuk semua sekolah RM3 billion.
CUEPACS bakal berjaya dalam tuntutannya untuk mendapatkan honororium RM2,000 bagi hampir 1.1.juta kakitangan awam. SPR dah penuhi kehendak bersih gunakan dakwat dan peti undi lutsinar. apa lagi yang dimahukan. Mahu menjadi seperti Pakistan, Afghanisthan, Taliban, Iraq, atau Bosnia satu ketika dahulu. Rakyat tak dak masalah, yang bermasalah pimpinan politik, jadi jangan heret rakyat yang mahu hidup aman semata-mata mahu menjayakan politik jalanan ala demokrasi barat anda. Kami dah bosan!