Wednesday, March 23, 2011

HIJAU KUNING .... PULUT KUNING

Radhi Mat Zin bersedia undur, Ahmad Yusoff sudah diberi rehat, Dato Kahazali Din diminta letak jawatan, penyokong Hijau Kuning kian sunyi, Stadium Darul Aman kiang lengang.

Tabung jihad PAS makin susut, Ustaz Azizan selaku Presiden KFA kata tunggu dulu,Dr HAMDAN Setiausaha Kehormat KFA tengah menggila kampoi duit stadium.. Azrai Khor sudah disambar Hobeng Jang Hobeng...inilah akibat suka tunggu Pokka HIJAU PAS...Aspek pengurusan pasukan mereka abaikan, kebajikan pemain ditendang ketepikan, pembangunan pemain berbakat mereka abaikan,

Bagi PAS cukup sekadar berdoa segalanya akan selesai..ramai penganalisa berkata..POLITIK KEDAH IBARAT BOLA..Kalau bola menang selalu, maknanya parti yang memerintah akan terus berkuasa, kalah dah kalah selalu..MAKAN PULUT KUNING LAH JAWAPANNYA..!!!!!

Wednesday, April 14, 2010

PO94 HULU SELANGOR..CALON PILIHAN

Siapa calon pilihan:

Palanivel-calon pilihan MIC
atau

Mugilan, Kalamanathan-calon pilihan BN komponen parti
atau

Ustaz Farid Ravi-calon dekat di hati
atau

Dato S. Subramaniam-calon pimpinan tertinggi
atau

Zaid Brandi-pilihan Anwar Al-Juburi...

Monday, August 03, 2009

BILA PENGUNDI DITERTAWAKAN...

2 Ogos..Ahad, lokasi di Jalan Tengah, berhadapan Hotel star City alor Setar Kedah, atas rungutan rakan-rakan generasi pemuda, yang kian terabai, aku mengetuai lebih kurang 10 orang wakil mereka, hasrat hanya satu menyerahkan kandungan surat..meningatkan wakil rakyat yang kami penduduk di DUN Derga telah pilih dalam PRU ke-12 dahulu akan tanggungjawabnya..

Rupa-rupanya, wakil rakyat ini tidak boleh ditegur..bertentangan dengan prinsip parti gerakan..satu suara,,satu Jiwa..satu malaysia. Kelemahan tidak beliau mahu akui, maka melompatlah beliau, menalipon ketua-ketua cawangan UMNO yang mudah makan suap, untuk memaki hamun tindakan pemuda seperti kami.. Siapa lebih rasis sebenarnya.. Jika si A wakil rakyat Melayu dia akan cukup baik dengan bukan Melayu,..peruntukkan untuk sekolah Cina, Tamil dibagi, tambahan peruntukkan untuk kuil, tokong disediakan, tapi inilah malang bila mendapat ADUN Cina, tuntutan dikata desakan, namun jika ada kaum mereka yang mati, boleh berjumpa sehingga ke Pejabat perdana Menteri..begitu istimewanya layanan mereka.

Ini sudahlah, kami dipandang rendah, diperlekeh, malah latarbelakang kami pula diperiksa, sama ada betul atau tidak kami pengundi di DUN Derga. Sikap buruk sangka cukup menebal rupanya di kalangan segelintir wakil rakyat Cina..Walhal Dr Cheah dari Gerakan hanya menang di DUN Derga dalam PRU ke-12 dulu hanya dengan majoriti 168 undi..itupun mahu eksyen ka..Pelana Menteli ala cakap..itu Lakyat di Dahulukan, Pencapaian di Uuutamekan.. u ada paham ka..itu YB aaa..kalau u mau sibuk pasal bisness aaa.. tak lak payah jadi itu YB loo..bikin susah olang kampung loo.

Wednesday, June 24, 2009

PEMBAZIRAN MASA...

Demi masa sesunguhnya manusia sentiasa di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Demikianlah ajaran Islam. masa cukup dihargai, pembaziran untuk tujuan yang sia-sia amat dicela, sebab itu solat ibadah utama dalam islam menekankan akan ketepatan soal masa. Islam juga menuntut umatnya bila berjanji ditunaikan, ini juga melibatkan masa, selain diingatkan tentang akan perlunya diisi perkara yang bermanfaat, semasa muda, di masa senang, dimasa hidup, dimasa lapang, agar tidak dilibatkan perkara-perkara mungkar.

Ironinya 'punctuality', masa, ketepatan amat ditekankan dalam ajaran Islam. Namun dalam konteks kehidupan lebih 16 juta umat Islam di Malaysia perhatikan amalan rutin ini :

a) Masa bekerja 8 jam sehari dikalangan kakitangan awam..berapa banyak masa diperuntukkan untuk melepak di kantin pejabat, mengurus kerja-kerja di luar pejabat yang tidak ada kaitan dengan kerja pejabat?

b) Berapa banyak masa, dihabiskan untuk mengunjungi pesta konsert, perlawanan bola, mendengar ceramah politik, bermesyuarat, berseminar, jomheboh, pasar malam, pasar tani, pekan nat, sehingga tergadai masa untuk melaksanakan ibadah wajib yakni solat fardhu?.

c) Berapa banyak masa dihabiskan untuk beremai, bercit cat, melayari blog yang memaki hamun, mendegar berita kontroversi, fitnah dan sumpah seranah?.

d) Berapa banyak masa kita habiskan untuk mengata orang.,mengaibkan orang dan menfitnah orang?.

e) Berapa banyak masa yang diperuntukkan oleh umat Melayu Islam untuk berhibur, berclubbing, mabuk, dan melakukan kerja maksiat dan sia-sia?.

f) Berapa banyak masa yang dihabiskan oleh umat melayu Islam untuk berpolitik?, tak habis-habis, kaum lain mengejar kekayaan duniawi, tetapi yang melayu Islam, kekayaan duniawi pun tidak dikejar, kebahagian ukhrawi pun akhirnya terlepas.

g) Berapa banyak masa kita habiskan untuk mengundi SMS peserta o La La, Mentor, Malaysian Idol,.Oner in A Million, Akademi Fantasia..

h) Berapa banyak masa kita habiskan untuk melayani tontonan siaran langsung EPL, Confederation Cup, tahun hadapan World Cup?

MASA HANYA ADA TIGA RUANG.. MASA NAN LALU, MASA KINI DAN MASA HADAPAN..

Wednesday, May 27, 2009

TIADA LAGI AIR MATA...

24 Mei, 2009, jam 5.20 petang, akhirnya ibu yang ku sayangi..kembali mengadap illahi..patutlah kebelakangan ini, jauh berubah perangainya, sayangnya terhadapku makin kuat, seteguh tembok cina, sebuah ikatan membawa ke syurga...tiada apa lagi yang tinggal..setelah ibuku rebah dipangkuan ku, akibat sakit tuanya..selama ini kepulanganku ke alor setar, meski atas urusan kerja, semuanya bermaksud untuk ku cari ruang dan kesempatan bermanja dengannya. Bancuhan air kopinya di waktu pagi, masakan asam pedasnya yang memang menggiurkan..
Cucur kodok panas rasa, dengan pisang ,masnya yang sering ku beli di Kuala Sungai, kini hanya tinggal sebuah episod luka..apatah lagi anaku yang bakal lahir yang juga dijangka hujung mei ini, tidak sempat ditatapinya..
EMAK..Mei adalah hari ibu..mei juga bulan yang memisahkan kita..ku kira ruang untukku berbakti pada mu masih banyak..
EMAK.. masih terlalu lama ingin ku kucup pipimu..setiap kaliku pulang ke kotaraya mencari rezeki akan ku tunduk lalu mencium kedua belah tanganmu...
EMAK.. selama 9 bulan 10 hari kau taat dalam mengandungkan ku..kini kau terbujur kaku..dan sungguh pilu mentapa wajah pilumu..pergi mengadap TUhan YANG satu pada petang Ahad itu..
EMAK..aku ingin mengikutimu..berbaring di sebelah pusaramu..hilang sudah segala kekuatan diriku..
dan tahun ini Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba tak lagi kita dapat bersua muka..
EMAK..ampunkan segala dosa anakmu ini..halalkanlah susumu yang telah mendewasakanku..
TIADA LAGI AIR MATA..hati ku tak henti menangis mengenang kejujuranmu, kesungguhan kasih sayangmu, dan segala nostalgia yang tak termampu terhapus di hati anakmu...
aku berdoa agar kita dipertemukan semula di akhirat, dan kini nyawaku, segala kebaikanku, sedekah jariahku, amal ibadatku, ku dedikasikan untukmu, biar lapangkuburmu, biar berseri pusaramu menjadi salah satu dari taman-taman syurga...amin ya rabbal a'lamin...

Thursday, July 24, 2008

KEMPEN 'HARI TANPA POLITIK"

Rasanya sudah terlalu banyak pergolakan yang berlaku dalam negara kebelakangan ini. Baik kegawatan politik mahupun tekanan kemelesetan ekonomi. Marilah sama-sama kita mendokong usaha untuk menjayakan kempen 'HARI TANPA POLITIK'. Biar negara ini lebih tenang, aman dan fikiran rakyat tidak bercelaru memikirkan banyak perkara yang mendatang..

Tuesday, July 01, 2008

MARILAH DUDUK SEMEJA, BERBINCANG DAN BERSATU..

Suka saya menyarankan agar pimpinan utama orang-orang Melayu demi survival bangsa dan kepentingan agama selain memelihara maruah diri, adab dan imej keluarga, untuk duduk semeja, berbincang.
Dengan bersaksikan alim ulama di ketuai oleh Dr. Harun Din, Dr. Mohd Asri Zanol Abidin, saya pinta Tun Dr. Mahathir, YAB PM, TPM, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat untuk duduk berbincang, fikirkan kepentingan bangsa dan agama, ketepikan sementara agenda peribadi dan kepentingan politik parti.

Monday, June 30, 2008

PERHATIKAN TAHUN-TAHUN INI...

1957-Tanah Melayu Merdeka
1967-Pergaduhan Kaum di Bukit Mertajam
1977-78-Dahrurat di Kelantan
1987-88-Persaingan jawatan dalam UMNO dan pengharaman UMNO
1998-Gerakan reformasi akibat kes liwat dan pecat DSAI
2008-Anwar Ibrahim dituduh meliwat...
Bermakna dalam sejarah Malaysia, setiap 10 tahun sekali akan ada peristiwa besar berlaku yang bakal menggugat kesejahteraan hidup rakyat..MUDAH-MUDAHAN NEGARA INI TERUS DILINDUNGI ALLAH S.W.T DARI SEBARANG MARA BAHAYA..

Thursday, June 05, 2008

UBAH GAYA HIDUP

Akhirnya yang ditunggu sudahpun tiba. Kesan ekonomi global menjengah di bumi Malaysia. Rakyat dihadiahkan dengan kenaikan bahan bakar asas, petrol dan diesel, agar bebanan subsidi kerajaan berkurang.

Bagi yang memiliki banyak kereta, jualkanlah, yang berkereta pula, ubah dengan menaiki motor, yang menaiki motor kita ubah dengan menunggang basikal, dan yang berbasikal kita berjalan kaki. Rakyat sihat, produktiviti meningkat dan negara bertambah maju.

Marilah kita kekal susah, miskin dan susut pendapatan benar kita, namun dalam masa yang sama kita kekalkan agar bapak-bapak Menteri kita terus bersenang lenag.

Rakyat Malaysia umumnya, marilah kita menjadi pemakan 'ubi rebus' ubi gadung, ubi kemilin dan ubi kayu, dalam kenaikan harga makanan ruji, yakni beras.

Kita ubah cara hidup kita dengan mandi air perigi atau telaga, kita menggunakan pelita minyak tanah atau 'gasoline' untuk menerangi rumah kita.

Marilah kita bersama-sama ubah gaya hidup kita, sebelum seluruh rakyat Malaysia 'naik minyak'.

Wednesday, May 14, 2008

62 TAHUN, AKAN KEKAL ATAU BAKAL PUPUS?

11 Mei 2008, usia UMNO menjengah 62 tahun. Jasa, budi UMNO terlalu banyak. Namun, kebongkakan, keegoan dan kesalahan moral pimpinannya menyebabkan perjuagan asal UMNO membela kepentingan Melayu dan rakyat Malaysia amnya makin pudar.
Sumbangan dan jasa UMNO terlalu banyak untuk dicoretkan. Sebahagian besar sejarah pembangunan negara dilakar oleh UMNO. Isunya, apakah UMNO akan terus kekal atau bakal pupus?. UMNO kah yang tidak lagi relevan atau pimpinannya yang menjadikan UMNO kini makin dijauhi? .Khusunya oleh generasi ketiga dan keempat. Hanya masa, ketika dan takdir yang mampu menentukannya.

Monday, April 28, 2008

HANG TUAH ATAU HANG JEBAT?

Dalam komuniti masyarakat mana sekalipun, baik organisasi, institusi dan agensi disektor awam, swasta, pertubuhan politik, dek kerana kepentingan diri, matlamat mengampu untuk diberi laluan mudah, naik pangkat atau apa juga manfaat yang kebendaan serta status, menerusi kaedah yang tidak bermoral, maka ramailah berpewatakan Hang Tuah. Penyataan, Ok Boss, Baik dan Beres Dato' Sri, Yes sir adalah ungkapan stereotype, sematapmata mahu melindungi dari penyataan dan percakapan yang benar.

Justeru itu ramai dari kalangan komuniti kita menganuti aqidah 'berbohong'. berbohong, taat membuta tuli satu kemestian, alasannya untuk hidup. Patuh dan tunduk secara semborono menjadi budaya totok, sehingga yang salah dianggap benar, dan yang benar dianggap salah. Mana dia watak Hang Jebat dalam segmen masyarakat kita?, Bilakah lagi akan muncul Hang Jebat, yang kerjanya mengorbankan kepentingan diri demi pembelaan untuk orang lain. Bersifat pejuang, pembela, demi menegakkan kebenaran meskipun akhirnya dicaci, ditohmah dan dilabel sebagai 'penderhaka'. Jebatkah kita, Hang Tuah kah kita? atau Hampeh kah kita?.

KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN KLAS MELAYU

Konsep kedaulatan negara, 'ketuanan Melayu', kemuliaan bangsa(sekadar beberapa contoh) dan pelbagai lagi elemen of social control, apakah ianya sekadar satu konsep atau diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang wajar. Sibuk disana-sini kalangan yang berligar pentingnya memulihkan ketuanan Melayu, yang dikatakan terhakis, pudar, malap kesan PRU ke-12. Isunya siapa penyebab dan punca ketuanan Melayu terhakis?.
Siapa yang memulakan episod kemuliaan Islam tercemar?. Bukankah bangsa Melayu dan orang Islam itu sendiri, sama ada dia itu bergelar pemimpin, ahli parti, pimpinan kerajaan, pembangkang, sama-sama punyai syer yang sama rata. Persoalannya apakah budaya tipikal Melayu dan Islam tidak boleh bersatu?. Apakah ianya pewarisan genetik, pengaruh persekitaran, latarbelakang dan pengalaman hidup ataupun memang Melayu dan Islam dicirikan begitu rupa. Tampak nyata, yang salah bukan anutan agama atau rasnya, tetapi sifat dan sikap manusia itu sendiri. Fikir-fikirkanlah, gelora politik semasa yang dihebohkan kini, politik kaumkah?, mempertahan dan melindungi ketuanan Melayukah? ataupun memelihara status quo ketuanan segolongan klas di kalangan bangsa Melayu?.

APA SELEPAS INI?

222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah hari ini 28/4/08. Diharapkan 82 wakil pembangkang menjadi wakil yang berkesan. Tuntut penurunan harga minyak, bersihkan rasuah, korupsi dan kronisme dalam kerajaan. Desak amalan pentadbiran yang telus, bahagiakan rakyat dengan perjuangan anda. Jangan sekadar dibuai kerusi empuk dan status YB, jadilah seorang pejuang bukan petualang. Manfaatkan penggal anda sebagai Ahli Dewan Rakyat dengan berbuat jasa bukannya dosa. biar jasa jadi kenangan agar bila mati kelak meninggalkan nama yang tersohor lagi kudus.

Tuesday, January 15, 2008

APA LAGI YANG TAK KENA

Indeks jenayah 13.4%, ekonomi negara diramal suku ketiga 6%, indeks Bursa Malaysia melepasi paras 1,500 mata. Pinjaman perumahan untuk golongan tidak berpendapatan tetap RM50 juta. Yuran sekolah ditiaadakan, bantuan segera menjelang 31 janurai untuk semua sekolah RM3 billion.
CUEPACS bakal berjaya dalam tuntutannya untuk mendapatkan honororium RM2,000 bagi hampir 1.1.juta kakitangan awam. SPR dah penuhi kehendak bersih gunakan dakwat dan peti undi lutsinar. apa lagi yang dimahukan. Mahu menjadi seperti Pakistan, Afghanisthan, Taliban, Iraq, atau Bosnia satu ketika dahulu. Rakyat tak dak masalah, yang bermasalah pimpinan politik, jadi jangan heret rakyat yang mahu hidup aman semata-mata mahu menjayakan politik jalanan ala demokrasi barat anda. Kami dah bosan!

Wednesday, November 28, 2007

HINDRAF YANG TAK BOLEH DIHARAP


Dalam gagasan Malaysia, negara yang cukup toleran, liberal sehinggakan kuil, tokong bleh dibina di kaki lima, bawah pohonan besar dan simpang jalan, masih ada golongan biadap yang mengajak keterlibatan PBB, kononya komuniti India yang tidak sampaipun 8% dari penduduk di negara ini dibunuh beramai-ramai. Berlakunya ethnic cleansing sepertimana nasib rakyat Bosnia di bawah kekejaman golongan Croat dan Serbia dahulu. ada tuduhan dan imaginasi palsu masyarakat India seramai 100 orang dibunuh dengan kejam di Kg Medan.



Dinafikan hak mereka dalam perkhidmatan awam, didiskriminasi secara terancang , disekat peluang ke universiti awam. poodah, ini semua auta, ibarat filem Tamil dan Hindi, mahu menunjuk hero yang tidak bertempat, dasar kasta pariah yang cuba mempariahkan orang lain. Inilah ibarat kata pepatah, ibarat 'paruah naik junjung' kalau sudah hitam, bukan sahaja tidak tampak manis, malah hati dan budi pekerti pun turut sama hitam jadinya. Hati-hatilah dengan Hindraf ini yang cuba mahu kembali ke lorong time tunnel, memutar dan mengubah sejarah dunia, jika tidak berpuas hati , wilayah di Tamil Naidu, Mumbai, Kerala, malah Bombay masih luas,. Di sana tahulah anda nikmatnya hidup di bumi Malaysia, Pemuda UMNO bila lagi mahu menghunus keris panca warisan, jangan ditimpa sindrom mandul dan telur mengecut, lawan habis-habisan, yang dikata pemimpin kita, yang digugat legasi bangsa yang dicemar maruah bangsa. Lawan sama dia!

Tuesday, October 30, 2007

APA NAK JADI?

31 OKtober 2007: Genap 4 tahun Pak Lah diangkat menjadi Perdana Menteri, tarikh ini juga adalah hari lahir Tun Mahathir Mohamad, detik yang sama juga Tun Mahathir bersara secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas 22 tahun di puncak kuasa.
Perkembangan mutakhir menyaksikan situasi politik, sosial dan ekonomi negara diasak dari pelbagai penjuru. Lambakan buruh asing yang 'halal' dan 'haram' terus menimbulkan gugatan kepada keselesaan hidup rakyat. 2.5 juta jumlah mereka dan bakal meningkat menjadi 5 juta menjelang 2010, membuatkan rakyat resah gelisah dan terasing, terkepung di negara sendiri. Kos sara hidup dan harga barangan tidak pernah kenal erti jemu untuk terus naik, bakal meninggikan lagi darjah kemarahan rakyat. Paras harga minyak mentah sedunia tidak menunjukkan tanda-tanda akan menurun, dalam masa yang sama harga komoditi seperti kelapa sawit mencacak naik, imbuhan dan laba besar untuk sektor perladangan negara.
Gabungan parti pembangkang pula dengan pelbagai 'tagline' dan 'kempen' bakal mengadakan satu perhimpunan besar-besaran tanggal 10 November di Dataran Merdeka, jam 3.00 petang. Visi mereka menghimpunkan 100,00 khalayak untuk berarak dari Dataran bersejarah itu ke Istana Negara bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
8 November pula, masyarakat India di tanahair tercinta ini bakal merayakan Deepavali. UMNO , parti keramat orang Melayu, akan sekali lagi menghimpunkan seluruh barisan kepimpinan dan ahlinya dalam muafakat perhimpunan kali ke-58, dari 5-9 November. Disebalik kehangatan kesemua peristiwa yang bakal mengambil tempat, usaha pembersihan ke atas golongan korupsi, dan pengkhianat negara terus diperkasakan dengan BPR memainkan peranannya. Syabas BPR, akan tetapi bak kata Pengerusi PAC, Dato' Shahrir Samad, jangan hanya diserkup si 'ikan bilis', buru juga 'si ikan jerung'. Undang-undang untuk semua, dan keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan, tetapi harus diperlihatkan perlaksanaanya.
Peristiwa paling besar yang menuntut perhatian semua tentulah 'tarikh pilihanraya umum ke-12'. Justeru itulah semua YB sedia ada dan yang berangan-angan mahu memakai 'title' berkenaan. bukan main ramah senyuman mereka. Cukup giat khidmat dan sumbangan bakti mereka. Ada hikmahnya, kerana rakyat ,mula didekati, pengumuman projek pembangunan dan pelaksanaanya mula dirasai.
Malangnya, politik bagi kebanyakkan orang hanya ditafsir dari sudut kuasa. Siapa mendapat apa, bila dan bagaimana. Politik tidak pernah dimaksimakan potensinya untuk pembangunan minda, merapatkan ukhwah sesama kaum dan bangsa atau, berlaku ikhsan, berlapang dada sesama insan. Politik harus direncanakan untuk kepentingan majoriti, bukan bagi tempoh jangka pendek, malah mampu memenuhi citra di masa hadapan.
Berpolitik seharusnya mampu mensejahterakan penghidupan rakyat. Meniupkan perpaduan di kalangan mereka, membuka jalan bagi meingkatkan taraf sosial dan tahap keselamatan di kalangan rakyat, serta menjadikan seluruh rakyat berasa selesa, dilindungi oleh persekitaran yang kondusif dan pemimpin yang produktif.
Semoga Allah s.w.t terus melindungi negara bertuah Malasyia ini dari sebarang mara bahaya dan gejala petaka. Amin...

Thursday, August 02, 2007

BICARA TANPA ILMU, AKAL DAN AKHLAK

Pernahkan anda terlibat dalam sebarang mesyuarat, perundingan atau apa jua diskusi yang akhirnya tidak mendatangkan apa-apa keputusan?

Pernahkah anda mendengar pandangan yang bukan bertujuan membina, tetapi punyai agenda terselindung untuk menjatuhkan maruah dan keperibadian anda?

Apa pernahkah anda mendegar komen sama ada dari rakan taulan yang bukan dikategorikan sebagai nasihat? tetapi lebih bermaksud menghina dan memperlekehkan anda.

Puncanya... kerana orang yang berbicara, atau bercakap itu tidak menggunakan landasan dan kekuatan ilmu, akal dan akhlak dirinya.

Ilmu yang digunakan hanyalah ilmu pembohong, pembelit dan ilmu picisan.

Akal yang digunakan pula, adalah akal yang jumud lagi kolot

Akhlak yang dipakai pula akhlak monyet dan beruk di rimba, yang terkinja dan terlompat ke sana- sini seperti kata pepatah 'seperti beruk mendapat bunga'

Monday, July 02, 2007

NILAI BARU, AGAMA BARU

Karl Marx pernah berkata 'agama adalah candu masyarakat'. Golongan pendokong liberalis, kapitalis dan pos-modernis, yang seawalnya dipengaruhi oleh fahaman rasionalisme bawaan Francis Bacon, sentiasa mendebatkan bahawa 'perkara yang tidak boleh disentuh atau ditanggapi oleh pancaindera bukanlah sesuatu yang real

Demikian jugalah ajaran falsafah Yunani, yang kemudiannya meresap masuk kedalam dogma pemikiran Yahudi, sarjana Barat dengan meletakkan dua elemen sebagai penetu segala tingkahlaku manusia.

Material dan seks. Sebab itu, binaan monumen dan patung lama di bandaraya klasik Eropah memaparkan banyak patung-patung yang menghairahkan. Tuhan diberikan pelbagai nama dan bentuk.

Dorongan material jugalah yang menjadi justifikasi bagi peluasan kuasa barat dan dunia eropah ke atas dunia Timur, sehingga kini pertimbangan material(ekonomi) menjadi punca kepada banyak tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Bezanya dengan Islam, kesemua ajaran tersebut mengkesampingkan Aqidah, menolak konsep tauhid dan rabbani dalam mengatur corak kehidupan. Nafsu penting, nafsu adalah keinginan, keinginan untuk makan, bersetubuh, bekerja dan berseronok, akan tetapi Islam mengajar tentang pendisplinan nafsu.

Akibat dogma, fahaman dan isme bentuk baru inilah, kecelaruan sistem sosial, faham agama, dan sistem politik makin tidak keruan. Agama misalnya ditafsirkan mengikut keadaan nilai semasa, bukannya atas prinsip pokok yakni aqidah dan moral. Agama dipermain-mainkan, didebatkan perkara-perkara ghaib, dicabar dengan pelbagai justifikasi baru. Nilai dan hidup dan budaya masyarakat pula ditentukan atas konsep 'nilai semasa' atau budaya semasa. sebab itu berbogel dikatakan 'seni'. Melakukan aksi dan babak lucah di dalam filem dikatakan seni dan kerana tuntutan skrip.

Membotakkan kepala oleh wanita dikatakan satu lambang keberanian, tetapi keberanian dungu yang tidak bertunjangkan faham agama dan budaya setempat. Inilah Nilai dan Agama Baru yang merasuk pemikiran sebahagian besar umat manusia

Thursday, June 21, 2007

TEKA-TEKI TARIKH PILIHANRAYA

Telahan paling popular kebelakangan ini adalah tarikh Pilihanraya?. Bilakah bakal diadakan?. Umumnya ramai menyatakan tarikh antara November 2007 dan Mac 2008 sebagai tarikh terbaik.
Kenapa pilihanraya umum di Malaysia menjadi bualan dan topik paling popular?.
Semenjak Merdeka, sudah 11 kali Pilihanraya Umum di adakan. Pilihanraya juga menjadikan SPR sebagai badan yang sentiasa menjadi mangsa kritikan, sedangkan kuasa SPR kesemuanya ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan, secara jelas dalam Artikel 118 dan Artikel 119. Kuasa minimun SPR hanyalah berkaitan pengendalian penamaan calon, hari pengundian, pengiraan undi dan pengumuman kemenangan. Inilah yang tidak difahami oleh ramai ahli dan pimpinan politik yang berjumlah 35 buah parti di Malaysia(Gabungan BN 14 komponen parti),. Apapun keputusannya, pilihanraya kali ini menjanjikan sesuatu yang menarik. Mampukah pakatan pembangkang menambahkan kerusi di Parlimen di DUN?. Dapatkan DAP menguasai Pulau Pinang, dan Kelantan dipertahankan PAS?.
Apa yang pasti, dan jaminan yang hakiki legasi BN sebagai kerajaan memerintah akan terus bersambungan selepas Pilihanraya Umum ke 12 sama ada di adakan pada November 2007 ataupun Mac 2008.

Tuesday, June 19, 2007

JENAYAH DAN KRISIS MORAL: APA MAKNANYA?

Apabila terlihat perlakuan cabul ke atas pelajar perempuan oleh anak-anak yang beruniform sekolah, saya lantas berpesepsi, apakah ini satu lagi mercu tanda kemajuan? Bagaimana dengan transaksi seks yang boleh diperolehi secara terbuka dibeberapa buah bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Georgetown malah menganjur ke pekan-pekan kecil seluruh negara?. Bagaimana pula dengan jenayah indeks yang di Kuala Lumpur sahaja mencatatkan peningkatan 42% sepanjang tempoh 6 bulan pertama 2007. Apa pula pandangan anda apabila mendapati kegilaan meminum air daun ketum sudah merebak ke sekolah-sekolah di Kedah dan negeri-negeri utara. Tidak terhitung lagi kebejatan moral akibat perlakuan Mat Rempit dengan pelbagai aksi Gemilang mereka yang mengharu birukan masyarakat?.
Bagaimana pula dengan gejala pembunuhan kejam, ala KGB dan Mossad atau menyamai ceritera di Hollywood, sehingakan mangsa dirogol, dibakar dan ada yang diletupkan?. Selamat dan sejahterakah bumi Malaysia?. Kenapa tahap kes rompakan mencuri sampai pada tahap kedai menjual pre-paid pun dicerobohi. Jika dahulunya kecurian dalam pengertian umum hanya melibatkan ;premis kedai mas ataupun bank.
Apa sebenarnya yang boleh kita cerap dari segala fenomena yang galak berlaku di negara kita ini.? Petanda tamadun ini makin hancur, kemodenan yang tidak terencana, bala dari Allah s.w.t, jurang ekonomi yang makin melebar atau masyarakat Malasyia sendiri yang sudah terlencong adab budaya serta pekerti moralnya?. Sama-samalah kita merenung dan berfikir serta mencari pendekatan dan tindakan sesuai dengan menyelamatkan anak bangsa dan negara ini. Sejahtera Malaysia!