Thursday, December 14, 2006

PASTIKAN TIADA LAGI ANAK BANGSA KECICIRAN DALAM PENDIDIKAN


Hujung tahun, kepala dan poket mulai pening. Musim persekolah yang bakal bermula awal Januari 2007, menggamit pengorbanan bukan sedikit dari kalangan ibu bapa. Seingat saya di zaman persekolah lampau, amat bertuah kerana saya antara yang banyak menerima imbuhan dan bantuan dari kerajaan. Dari bantuan pakaian seragamnya, bantuan makanan tambahan, biasiswa kecil persekolahan dan skim pinjaman buku teks malah dalam keadaan tertentu pengecualian yuran tahunan sekolah. Alasanya cukup kuat, kerana saya datangnya dari keluarga miskin, anak penarik beca dan punyai saudara yang ramai. Namun di sebalik bantuan yang diterima tidaklah pula mewujudkan budaya selesa atau malas dalam diri ini. Sebaliknya dijadikan perangsang, sebab itu saya alhmadullilah antara pelajar cemerlang, terbilang bukan sahaja di bidang akademik, malah sukan, sahsiah dan kepimpinan sehinggalah apabila ke IPTA dan kemudiannya ke negara bekas penjajah Great Britain bila belajar peringkat Masters.

Ilmu pendidikan sahajah yang boleh mengangkat maruah dan martabat bangsa. Dengan ilmu sahajalah perkara haq dan bathil dapat dirungkaikan. Dengan ilmu jiwa dan hati kita menjadi terang, jelas dan nyata. Dengan imu membolehkan kita keluar dari belenggu kejahilan, Wahyu pertama mengajar Rasullulah membaca "Iqra'. Amal tanpa ilmu menjadi sia-sia, sementara ilmu tanpa amal ibarat celakalah orang itu. Ayuh anak bangsa, pelajarilah dan carilah ilmu sebanyak mungkin. Peluang cukup banyak dibumi Malaysia, tidak ada sekatan menuntut ilmu di bumi bertuah ini, asalkan jangan ilmu sesat, ilmu sihir dan ilmu songsang. Hayati carilah ilmu dunia dan akhirat. Hadiri dan berkawanlah dengan orang-orang berilmu. Janganlah merasa malasa untuk mengahdiri majlis-majlis ilmu. Daripada berbual kosong mengata atau mengaibkan orang, lebih baik berdiskusi tentang kepentingan dan peranan ilmu. Jadikan budaya membaca, amalan kita, budaya berfikir santapan jiwa, dan budaya cintakan ilmu sebagai keutamaan kita.

Monday, December 11, 2006

AL-KISAH(BAHAGIAN 4)

Di suatu masa, seorang Mufti sebuah negeri terlantar sakit, lalu atas dasar ukhwah Islamiah dan tanggungjawab Muslim, Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar, wakil kepada MB Negeri berkenaan menziarahi Sohibus Samahah tadi. Setelah menziarahi dan bertanyakan khabar terkini tentang kesihatannya, Dato Mufti, orang yang arif tentang agama,tokoh ilmuan, lantas melontarkan satu persoalan dan permintaan yang menimbulkan kehairanan Setpol dan SUA yang datang melawatnya. Antara inti permintaanya, "Saudara berdua, bolehkan tolong maklum pada bos anda(MB) agar kontrak memasang kabel dan ibu sawat Telekom di daerah.......... diberikan kepada adik ipar saya".'Nanti komisyennya kita bahagi sama rata". Astafirrullah halazim, inilah akibatnya dan gejala 'ulama dunia' seperti yang pernah diriwayatkan oleh Rasullulah dalam hadis baginda. rupanya syiar Islam di Malaysia ini makin rosak dan kurang dihormati, salah satu puncanya kerana ada golongan ulama yang lebih rakus sifat tamaknya dari manusia biasa, dan golongan yang dikatakan 'ulama' ini sebenarnyalah yang menjadi musuh pada agama sendiri. Wallah hualam. Inilah dunia akhir zaman.

AL-KISAH(BAHAGIAN 3)

Antara sekian banyak tetamu yang hadir menziarahi jasad Kak Habsah@Bibi, kekanda Tun Dr.Mahathir di Jalan Pegawai adalah pemimpin dari parti PAS. Mereka antara orang terawal menyampaikan salam takziah buat Tun sekeluarga. Di celah-celah kesibukan itu datanglah seorang hamba Allah yang mungkin merasa malu untuk datang tetapi digagahkan juga kononya untuk beroleh political milleage. But the damage has been done, orang hulu dari Pedu, bersuara lantang, biadap dan minta Tun Mahathir dilucutkan semua jawatan sebagai penasihat agensi kerajaan, akhirnya hanya dapat menziarahi jenazah Kak Habsah, tidak dapat bertemu dan bersalam dengan Tun. Orang hulu berkenaan ialah MB Kedah, Det Khalid, pemimpin sebuah negeri miskin tapi masih punyai banyak masa bersukaria menonton konsert dan bersantai di Pusat Konvensyen KLCC. Manusia pendendam, yang telah mematikan bakat dan kebolehan ramai anak Kedah, yang kini sebahagian besarnya terpaksa mencari rezeki di ibu kota. Pemimpin yang tidak tahu adab, arrogant, very bold dan lupa daratan. Anak orang hulu, yang baru mengenal pekan, tetapi akibat kuasa sedikit ibarat kaduk naik junjung. Kamu boleh merancang apa sahaja, kamu malukan, aibkan, kalahkan, buat tipu daya untuk menjatuhkan aib Tun Mahathir, tetapi percayalah perancang Allah lebih hebat. Tunggu Pilihanraya nanti

Thursday, December 07, 2006

AL-KISAH (BAHAGIAN 2)


Di suatu masa,pada tahun 1975, Persatuan Anak Kedah USM mengadakan jamuan makan malam. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Penaung Persatuan berkenaan, Dr. Mahathir Mohamad. Insan yang bernama Mahathir pada waktu itu, baru diterima kembali ke dalam UMNO, dilantik ke jawatan Senator dan Pengerusi MIDA. Lalu, dalam Majlis berkenaan, Presiden Persatuan anak Kedah USM, bertanyakan kepada Dr. Mahathir, " Dr. apa perkara pertama yang Dr. akan buat kalau jadi Perdana Menteri Malaysia", lantas dijawab dengan penuh bervisi oleh Dr. Mahathir, "saya akan buat highway". Ditakdirkan oleh Allah s.w.t, bekat dengan usaha, akhirnya Lebuhraya Utara-Selatan yang menghubungkan Johor Bharu ke Bukit Kayu Hitam siap pada tahun 1986, lima tahun selepas Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Demikianlah yang dikatakan pemimpin, punyai wawasan, ada kesungguhan dan kemampuan menjayakan visi. Berpandangan jauh dan tahu apa yang perlu dilakukan bila memegang jawatan pemimpin. Semoga Allah s.w.t memberkati jasa dan hidup Tun Dr. Mahathir Mohammad dan seluruh kaum keluarganya.

AL-KISAH( BAHAGIAN 1)


Di suatu ketika, Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, menjawat jawatan Ketua Menteri Tanah melayu setelah Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi Pilihanraya Persekutuan Pertama tahun 1955,. Tahun itu sekitar 1956, di mana peruntukkan 3 juta diluluskan untuk membina Stadium Merdeka. Ketika melawat kawasan sekitar dan mencari tapak yang sesuai untuk pembinaan Stdadium keramat berkenaan, (tempat laungan Merdeka 31 Ogos 1957) di adakan, lalu datanglah seorang hamba Allah bernama Chat Gila. Menyapa Al-Marhum tengku. Chat Gila ini orang Bukit Mertajam, perangainya 'rempang' tapi sifatnya ibarat Robin Hood, mengambil dari yang kaya memberi pada yang miskin. Tengku, patik belum makan, mai duit sikit, sapa Chat pada Almarhum. Lalu di balas Tengku "Time la mana ada duit Chat, saya wallet pun tak bawa, ni dok tengah tengok tapak nak buat stadium , kita nak sambut Merdeka". 'tak pa, chat hang ambik baju saya ni, hang pi jual, duit hang dapat belilah
makan.
Lalu Tengku membuka bajunya tinggalah singlet sahaja di badannya itu. Demikianlah pimpinan dulu-dulu, berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa, demi rakyat jelata. Betapa luhur, dan murninya hati mereka. Inilah pemimpin sejati, anak Kedah, pelopor kemerdekaan negara. MERDEKA!. Terima Kasih Almarhum Tengku. Patik merafak sembah

Wednesday, December 06, 2006

TAKZIAH UNTUK KAK HABSAH(KEKANDA KEPADA TUN DR.MAHATHIR MOHAMMAD)

Sebagai anak jati Kedah, saya ingin merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke rahmatullah, kakak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Kak Habsah@Bibi Mohammad yang telah menyahut panggilan Illahi tanggal 6 Disember 2006. Semoga rohnya akan ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah...

DAULATKAN ISLAM DI MALAYSIA


Ramai yang tidak faham bahawa status Malaysia bukanlah sebuah negara Islam. Kerangka perlembagaan yang digubal bagi Tanah melayu yang merdeka pada tahun 1957, secara tersurat dan tersiratnya mengekalkan status Malaysia sebagai negara sekular.

Peruntukkan Artikel 3, Perlembagaan Persekutuan hanya 'menyatakan Islam is the religion of federation". Sepatutnya jika mahu Islam diinstitusi dan dirasmikan peruntukan tersebut sepatutnya berbunyi'Islam as the official religion of federation'. Pemakaian makna atau istilah relegion of federation membayangkan beberapa implikasi. Status Islam hanyalah bersifat ritual atau ceremony semata-mata. Tidak terpakai dalam amalan pentadbiran undang-undang negara, sistem politik, ekonomi mahupun kemasyarakatan. Namunkita sedih kerana pimpinan Melayu yang sepatutnya mendaulatkan Islam masih kurang political will mereka untuk mengupayakannya. Sebab itu kita masih ada bank konvensional disebalik perbankan Islam. Kita masih benarkan, pub, disko, arak dijual secara bebas. Kita benarkan perjudian Magnum 4D, Sports Toto atas nama mahu memenuhi keperluan bukan Islam. kita galakkan remaja berpacaran, berpeleseran. Kita tidak patuhi etika berpakaian menutup aurat, kita galakkan pesta-pestaan, majlis nyanyia, pesta lagu yang bercampur lelaki perempuan. Kita letakkan taraf mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah sivil. Kita menjadi terlalu terbukan sehingga gagal membezakan antara yang hak dan bathil. Kita lalai dengan kesibukan dunia, kita lebih utamakan pembangunan fizikal kurang penumpuan aspek spiritual. Kita membuka banyak ruang dan peluang bagi berlakunya maksiat dan gejala sosial atas nama pemodenan dan penglobalisasian. Islamkah kita dari segi amalan dan tindak-tanduk kita?. Islamkah kita dari segi adab, tutur cara dan perlakuan kita?. Islamkah kita dari sudut kepatuhan ke atas segala perintah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w. Jika Melayu sendiri yang tidak mendaulatkan Islam, adakah kita mengharapkan Lim Kit Siang atau Karpal Singh mendaulatkannya untuk kita?. Tepuk dada tanyalah iman. Daulatkanlah kembali Islam, syiar dan syariatnya di Malaysia.

BAIK BURUK DEMOKRASI


Abraham Lincoln ketika menegaskan prinsip-prinsip negara demokrasi menyatakan 'government of the people, by the people and for the people'(kerajan rakyat, oleh rakyat untuk rakyat). Namun, senario dunia pada hari ini menyaksikan tafsiran demokrasi yang diamalkan adalah 'governemnt off the people(kerajaan yang terkeluar dari landasan kedaulatan rakyat), buy the people(politik wang) and force the people(zalim dan khianat pada rakyat sama ada melalui draconian law ataupun salahgunaka kuasa.

Ahli fikir Inggeris menyatakan 'Terdapat pelbagai jenis tafsiran dan makna demokrasi sehinggakan setiap orang melacurkan istilah demokrasi untuk kepentingan dirinya'.

J.J Rosseou, ahli falsafah Perancis berkata 'man is born free, however he is everywhere in chains'.

Ayat suci Allah mengingatkan umat manusia 'Hendaklah ada satu golongan dari kamu yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran,. Kehebatan kalam Allah s.w.t diperkukuhkan lagi dengan wahyu berikut "Dan urusan antara kamu hendaklah dimusyawarahkan diantara kamu'.

' Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah(yakni Al-Quran dan Sunnah Rasullulah s.a.w) dan jangan kamu berpecah belah". Diingatkan kepada umat manusi a lagi "Telah berlaku kerosakan di daratan mahupun dilautan akibat perbuatan tangan-tangan manusia(pemimpin) sendiri. Semoga yang demikian itu menjadi peringatan kepada mereka agar kembali mengingati Allah.

Renung-renungkanlah. Islam cukup hebat, menyediakan peraturan dan tatacara bernegara paling lengkap dan sempurna, cuma kejahilan sikap sombong manusia menyebabkan negara yang ditadbir kucar-kacir, rakyatnya gelisah, kekayaan negara dirompak pemimpin dan masyarakatnya terus menerus dizalimi.