Thursday, December 14, 2006

PASTIKAN TIADA LAGI ANAK BANGSA KECICIRAN DALAM PENDIDIKAN


Hujung tahun, kepala dan poket mulai pening. Musim persekolah yang bakal bermula awal Januari 2007, menggamit pengorbanan bukan sedikit dari kalangan ibu bapa. Seingat saya di zaman persekolah lampau, amat bertuah kerana saya antara yang banyak menerima imbuhan dan bantuan dari kerajaan. Dari bantuan pakaian seragamnya, bantuan makanan tambahan, biasiswa kecil persekolahan dan skim pinjaman buku teks malah dalam keadaan tertentu pengecualian yuran tahunan sekolah. Alasanya cukup kuat, kerana saya datangnya dari keluarga miskin, anak penarik beca dan punyai saudara yang ramai. Namun di sebalik bantuan yang diterima tidaklah pula mewujudkan budaya selesa atau malas dalam diri ini. Sebaliknya dijadikan perangsang, sebab itu saya alhmadullilah antara pelajar cemerlang, terbilang bukan sahaja di bidang akademik, malah sukan, sahsiah dan kepimpinan sehinggalah apabila ke IPTA dan kemudiannya ke negara bekas penjajah Great Britain bila belajar peringkat Masters.

Ilmu pendidikan sahajah yang boleh mengangkat maruah dan martabat bangsa. Dengan ilmu sahajalah perkara haq dan bathil dapat dirungkaikan. Dengan ilmu jiwa dan hati kita menjadi terang, jelas dan nyata. Dengan imu membolehkan kita keluar dari belenggu kejahilan, Wahyu pertama mengajar Rasullulah membaca "Iqra'. Amal tanpa ilmu menjadi sia-sia, sementara ilmu tanpa amal ibarat celakalah orang itu. Ayuh anak bangsa, pelajarilah dan carilah ilmu sebanyak mungkin. Peluang cukup banyak dibumi Malaysia, tidak ada sekatan menuntut ilmu di bumi bertuah ini, asalkan jangan ilmu sesat, ilmu sihir dan ilmu songsang. Hayati carilah ilmu dunia dan akhirat. Hadiri dan berkawanlah dengan orang-orang berilmu. Janganlah merasa malasa untuk mengahdiri majlis-majlis ilmu. Daripada berbual kosong mengata atau mengaibkan orang, lebih baik berdiskusi tentang kepentingan dan peranan ilmu. Jadikan budaya membaca, amalan kita, budaya berfikir santapan jiwa, dan budaya cintakan ilmu sebagai keutamaan kita.

No comments: