Monday, July 02, 2007

NILAI BARU, AGAMA BARU

Karl Marx pernah berkata 'agama adalah candu masyarakat'. Golongan pendokong liberalis, kapitalis dan pos-modernis, yang seawalnya dipengaruhi oleh fahaman rasionalisme bawaan Francis Bacon, sentiasa mendebatkan bahawa 'perkara yang tidak boleh disentuh atau ditanggapi oleh pancaindera bukanlah sesuatu yang real

Demikian jugalah ajaran falsafah Yunani, yang kemudiannya meresap masuk kedalam dogma pemikiran Yahudi, sarjana Barat dengan meletakkan dua elemen sebagai penetu segala tingkahlaku manusia.

Material dan seks. Sebab itu, binaan monumen dan patung lama di bandaraya klasik Eropah memaparkan banyak patung-patung yang menghairahkan. Tuhan diberikan pelbagai nama dan bentuk.

Dorongan material jugalah yang menjadi justifikasi bagi peluasan kuasa barat dan dunia eropah ke atas dunia Timur, sehingga kini pertimbangan material(ekonomi) menjadi punca kepada banyak tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Bezanya dengan Islam, kesemua ajaran tersebut mengkesampingkan Aqidah, menolak konsep tauhid dan rabbani dalam mengatur corak kehidupan. Nafsu penting, nafsu adalah keinginan, keinginan untuk makan, bersetubuh, bekerja dan berseronok, akan tetapi Islam mengajar tentang pendisplinan nafsu.

Akibat dogma, fahaman dan isme bentuk baru inilah, kecelaruan sistem sosial, faham agama, dan sistem politik makin tidak keruan. Agama misalnya ditafsirkan mengikut keadaan nilai semasa, bukannya atas prinsip pokok yakni aqidah dan moral. Agama dipermain-mainkan, didebatkan perkara-perkara ghaib, dicabar dengan pelbagai justifikasi baru. Nilai dan hidup dan budaya masyarakat pula ditentukan atas konsep 'nilai semasa' atau budaya semasa. sebab itu berbogel dikatakan 'seni'. Melakukan aksi dan babak lucah di dalam filem dikatakan seni dan kerana tuntutan skrip.

Membotakkan kepala oleh wanita dikatakan satu lambang keberanian, tetapi keberanian dungu yang tidak bertunjangkan faham agama dan budaya setempat. Inilah Nilai dan Agama Baru yang merasuk pemikiran sebahagian besar umat manusia

No comments: