Wednesday, August 16, 2006
PENYAKIT SEMINAR DAN KERTAS
Seminar, mesyuarat, diskusi, dialog, konvensyen sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu. Pergilah ke mana-mana jabatan, agensi, institusi, kununya, golongan yang dikatakan intelektual, kritikal ini, akan membentangkan kertas kerja, berjela-jela dengan teori yang hebat lagi klise. Isunya, selepas resolusi dikeluarkan, kertas seminar dan plan tindakan dibakulsampahkan. Tidak nampak satu usaha konkrit bagaimana mahu menterjemahkan apa yang dibincang dan diseminarkan. Inilah penyakit birokrat, inilah juga rutin golongan korporat, dan ini jugalah masalah JKK yang dekat dengan masyarakat(mcm pantun pula bunyinya). Pengajaran moral, yang hendak disampaikan, dalam menghadapi apa jua isu atau masalah, yang diperlukan bukan hanya berdiskusi, berseminar, untuk menghabiskan peruntukan jabatan, yang akhirnya seminar atau kursus tersebut menjadi percutian keluarga, Masa sudah sampai untuk tindakan, janganlah pula isu-isu dibangkitkan hanya panas ketika hari seminar semata-mata, sebaliknya terus panaskan ia, susuli dengan usaha, tindakan, kaji strategi yang digunakan, muhasabah diri bagaimana mahu memperbaiki tindakan yang dibuat dan buanglah jauh-jauh penyakit suka menghimpunkan kertas kerja yang kekal kaku dan akhirnya layu, lalu kertas itu menjadi kuning atau reput dimakan lipas dan anai-anai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment