Tuesday, February 27, 2007

BEBAN KERJA..KEPUASAN KERJA

Inilah saat yang paling menuntut komitmen paling tinggi setelah aku melalui pahit getir ini semasa mula mengenali politik secara praktikal bila bertugas sebagai SUA MB Kedah mulai 2002. Sekarang tanggungjawabku bukan lagi terhad pada politik lokal, malah jauh menjangkaui pesada politik nasional. Beban kerja bertambah, akibat terlalu versataile, akibat tidak tahu berkata 'No' pada permintaan ahli-ahli politik yang dahagakan idea, khidmat rundingan, strategi politik untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Insya-Allah aku melihat ini sebagai pengiktirafan,ujian, ,juga limpahan rezeki dan rahmat dari Allah s.w.t. Walaupun negeriku sendiri melupai kepakaran dan jasa ku, ibarat kata pepatah India, 'you cannot be a prophet in your hometown'. Kepakaranku kini ditagih negeri Selangor, pimpinan Johor, UMNO Malaysia, JPM, penganalisa politik dari Risikan Tentera, ahli Parlimen serata Malaysia, namun impian terpendamku masih kekal untuk kembali ke negeri asalku dengan penuh kemegahan sebagai orang terhormat demi bakti kepada rakyat. Takbir!

Wednesday, February 21, 2007

BOSAN DAN KEBOSANAN


Pernahkan anda merasa bosan?. Bosan kerana rutin kerja yang biasa. Bosan akibat bercakap perkara yang sama. Bosan akibat tidak ada momentum dalam kerja dan gaya sosial anda. Bosan kerana persekitaran yang tampak murung lagi jumud. Bosan adalah manifestasi perasaan kecewa, kerana apa yang diidamkan tidak diperolehi, atau mungkin lain yang dihajati lain pula yang dimiliki. Namun tanpa bosan tidak akan lengkap hidup kita sebagai seorang insan...

Thursday, February 08, 2007

TAHUN KHINZIR, TAHUN BARU CINA


Gong Xi Fatt Choy just around the corner. Limau mandarin datang lagi, angpau merah bertukar tangan. Akan tetapi melihat mood ekonomi yang makin suram, timbul tandatanya apakah Gong Xi Fatt Choy bagi tahun khinzir mengikut lunar kalendar Cina bakal memakmurkan bumi Malaysia. Komen ringkas dari rakan-rakan peniaga keturunan Tionghua dan lain-lain banyak yang negatif, business agak perlahan, jualan kurang, pendapatan merosot. Sebenarnya kita harus kagum kepada masyarakat Cina. Punyai kekuatan kendiri, jaringan hubungan perniagaan yang mantap, sentiasa strive for excellent, kerja keras dan kuat, mereka ini kadangkala ibarat 'hostile society' namun dalam apa jua keadaan mampu muncul dan tersohor sebagai peniaga yang bijak.

Kenapa bangsa dan kaum lain gagal menyerlah berbanding kaum yang berkulit kuning langsat dan bermata 'sepet' ini. Apakah kejayaan dalam perniagaan ada kaitan dengan keturunan, ras, gen atau warna kulit? Apakah ramuan atau rahsia yang membolehkan kaum Cina terus maju dan mampu menguasai ekonomi di mana sahaja mereka berada? Apa pengajaran terbaik yang kita boleh pelajari dari kesungguhan mereka?. Kita tidak perlu cemburu sebaliknya mencari rahsia kekuatan dan kebolehan kaum Cina di bidang ini.

HIKMAH BACAAN YASSIN

Setiap benda ada jantungnya dan jantung kepada Al-Quran adalah Surah Yassin. Demikianlah kata-kata benar yang disabdakan oleh Rasullululah s.a.w, rasul yang diutus membawa rahmat ke sekelian alam.

Hakikatnya sudah menjadi satu rutin Yassin dibaca pada malam Jumaat, satu kebiasaan diperdengarkan kepada pesakit yang sedang nazak. Menjadi keutamaan bacaan semasa majlis doa tahlil, sebelum jemaah berangkat ke Mekah, dalam majlis-majlis rasmi yang ritual lain.

Persoalannya, apakah penghayatan kepada ayat-ayat suci Al-Quran dalam surah Yassin itu diterapkan sepenuhnya. Difahami, diamalkan, diambil pengajaran, bagaimana begitu banyaknya fakta sains, biologi, zoologi, cakrewala, sains astronomi yang terkandung di dalam surah berkenaan. Apakah dengan rutin mengadakan majlis bacaan Yassin menjadikan jiwa kita lebih insaf, lebih bersih dan lebih beradab.

Hakikatnya membaca satu surath atau sepotong ayat suci Al-Quran sudahpun diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. Namun memahaminya, meyakininya, menyebarkannya serta mengamalkannya apatah lagi untuk kebaikan diri dan kesejahteraan ummah seluruhnya tentulah akan diberi lebih ganjaran berkat dan pahala yang berlipat kali ganda.

Wednesday, February 07, 2007

DEBAT EMOSI


Kita sering kali terlibat dalam perbincangan, diskusi, yang akhirnya membawa kepada perdebatan tentang sesuatu isu atau perkara.Lazimnya, setiap pihak akan menyatakan pandangan dan pendirian masing-masing. Akan tetapi apakah tujuan debat atau perbincangan itu diadakan, adakah bermatlamat :
1) Untuk membuktikan siapa yang lebih hebat bercakap
2) Menyakiti hati orang lain
3) Menunjuk-nunjuk ilmu atau pengetahuan yang kita ada
4) Sekadar menyampuk
5) Atau ruang untuk mengaib dan memperlekahkan orang lain

Akibat kerana lima matlamat di atas yang menyebabkan banyak dari debat, perbahasan atau musyawarah tidak berakhir dengan jayanya.

Gagal merumuskan persetujuan bersama, tidak mampu memuktamadkan keputusan yang boleh dijadikan panduan untuk tindakan. Natijahnya, sesuatu isu, perkara akan terus diperkatakan, seronok didebatkan tanpapun ada kaedah penyelesaian yang terbaik. Inilah kelemahan sebahagian besar dari sikap masyarakat kita. Perdebatan tidak mampu diolah menjadi satu 'grand design' yang rapi lagi terperinci untuk menjayakan sesuatu.

Perdebatan gagal mengkayakan pemikiran individu dengan maklumat baru. Perdebatan gagal membentuk sikap sabar, tenang dan kematangan diri. Perdebatan juga gagal menajamkan pemikiran dan membentuk sifat yang lebih matang dan terbuka untuk menerima perbezaan pandangan dan pendapat. Sebaliknya kita makin menjadi lebih ego, emosi dan cukup sensitif. Inilah bahana apabila suatu proses yang sebenarnya baik disalahgunakan untuk tujuan yang kurang baik.

Sunday, February 04, 2007

HAZIQ YANG SEMAKIN MATANG


Tidak ada ruang atau rasa yang lebih tenang dan bahagia selain melihat puteraku yang makin matang dan membesar. Sukan diminatinya adalah kriket, pencapaian akademiknya bertambah baik, pemikiran dan kasih sayangnya terhadap diriku sebagai seorang ayah makin kental. Mungkin kerana diawal pembesaran dan kedewasaanya aku tidak punyai banyak masa untuk membelai dan mencurahkan perhatian padanya. Benarlah, masa mengubah segalanya.

Fizikalnya yang makin mantap, jiwa luhurnya, sifat ihsan dan kata tutur puteraku ini menguatkan lagi keyakinanku bahawa, dia bakal seorang menjadi patriot, menjadi insan berhati mulia, kasihkan anak yatim, pedulikan nasib orang miskin, berpegang pada prinsip hidup yang kukuh, tak lekang dek panas, tak karat ditimpa hujan, Hidup bermaruah dengan falsafah 'berani kerana benar', membujur lalu melintang patah".

Namun dalam pada itu, aku sebagai ayah yang penuh prihatin agar terus membimbingnya, biar berada pada landasan yang betul. Impian ku kini ingin membentuk bakal pemimpin hebat, yang bakal mengulangi keperwiraan Almarhum Tunku dan gaya visi pemimpin yang berpandangan jauh Tun Mahathir yang kini dicalonkan untuk anugerah Noble Prize. Aku berharap puteraku, MUHAMMAD HAZIQ akan mengisi ruang kepimpinan di masa hadapan. Dengan bersendikan kekuatan iman dan tunjang agama, bersahsiahkan akal dan akhlak mulia dan bertemankan ketinggian pengetahuan. Bergelumang dengan rasa ihsan kepada makhluk manusia yang perlukan pertolongan. Insya-Allah, tangan ini akan mengasuh dan memperkayakan kematangan putera tunggalku.