Thursday, February 08, 2007

HIKMAH BACAAN YASSIN

Setiap benda ada jantungnya dan jantung kepada Al-Quran adalah Surah Yassin. Demikianlah kata-kata benar yang disabdakan oleh Rasullululah s.a.w, rasul yang diutus membawa rahmat ke sekelian alam.

Hakikatnya sudah menjadi satu rutin Yassin dibaca pada malam Jumaat, satu kebiasaan diperdengarkan kepada pesakit yang sedang nazak. Menjadi keutamaan bacaan semasa majlis doa tahlil, sebelum jemaah berangkat ke Mekah, dalam majlis-majlis rasmi yang ritual lain.

Persoalannya, apakah penghayatan kepada ayat-ayat suci Al-Quran dalam surah Yassin itu diterapkan sepenuhnya. Difahami, diamalkan, diambil pengajaran, bagaimana begitu banyaknya fakta sains, biologi, zoologi, cakrewala, sains astronomi yang terkandung di dalam surah berkenaan. Apakah dengan rutin mengadakan majlis bacaan Yassin menjadikan jiwa kita lebih insaf, lebih bersih dan lebih beradab.

Hakikatnya membaca satu surath atau sepotong ayat suci Al-Quran sudahpun diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. Namun memahaminya, meyakininya, menyebarkannya serta mengamalkannya apatah lagi untuk kebaikan diri dan kesejahteraan ummah seluruhnya tentulah akan diberi lebih ganjaran berkat dan pahala yang berlipat kali ganda.

No comments: