Sunday, February 04, 2007

HAZIQ YANG SEMAKIN MATANG


Tidak ada ruang atau rasa yang lebih tenang dan bahagia selain melihat puteraku yang makin matang dan membesar. Sukan diminatinya adalah kriket, pencapaian akademiknya bertambah baik, pemikiran dan kasih sayangnya terhadap diriku sebagai seorang ayah makin kental. Mungkin kerana diawal pembesaran dan kedewasaanya aku tidak punyai banyak masa untuk membelai dan mencurahkan perhatian padanya. Benarlah, masa mengubah segalanya.

Fizikalnya yang makin mantap, jiwa luhurnya, sifat ihsan dan kata tutur puteraku ini menguatkan lagi keyakinanku bahawa, dia bakal seorang menjadi patriot, menjadi insan berhati mulia, kasihkan anak yatim, pedulikan nasib orang miskin, berpegang pada prinsip hidup yang kukuh, tak lekang dek panas, tak karat ditimpa hujan, Hidup bermaruah dengan falsafah 'berani kerana benar', membujur lalu melintang patah".

Namun dalam pada itu, aku sebagai ayah yang penuh prihatin agar terus membimbingnya, biar berada pada landasan yang betul. Impian ku kini ingin membentuk bakal pemimpin hebat, yang bakal mengulangi keperwiraan Almarhum Tunku dan gaya visi pemimpin yang berpandangan jauh Tun Mahathir yang kini dicalonkan untuk anugerah Noble Prize. Aku berharap puteraku, MUHAMMAD HAZIQ akan mengisi ruang kepimpinan di masa hadapan. Dengan bersendikan kekuatan iman dan tunjang agama, bersahsiahkan akal dan akhlak mulia dan bertemankan ketinggian pengetahuan. Bergelumang dengan rasa ihsan kepada makhluk manusia yang perlukan pertolongan. Insya-Allah, tangan ini akan mengasuh dan memperkayakan kematangan putera tunggalku.

No comments: