Wednesday, May 23, 2007
BEREHAT DAN MUHASABAH DIRI SEKETIKA
Monday, May 21, 2007
PEMUDA PENENTU NASIB MASA DEPAN NEGARA
Sunday, May 20, 2007
BOCOR SANA, BOCOR SINI, AKU DATANG NAK MEMBETULKAN RUMAH BUKAN NAK MINTA SEWA RUMAH..
Friday, May 18, 2007
PELUANG BARISAN ALTERNATIF TIPIS..(BAHAGIAN 1)
Tuesday, May 15, 2007
KIAMAT ITU PASTI...
Semenjak diutuskan Rasul terakhir Nabi Muhammad s.a.w, telah diperlihatkan tanda-tanda berlakunya kiamat. Petanda kecil atau besar semuanya sudah berlaku. Sebagai peringatan kepada sekelian umat manusia agar sentiasa patuh dan taat pada perintah Allah dan Rasulnya.
Namun, peringatan serta tanda-tanda itu tidaklah pernah dihiraukan malah dipandang sinis kadangkalanya. Sudah berlaku tanda kiamat seperti diisyaratkan oleh Rasullululah s.a.w, misalnya banyaknya berlaku penzinaan, orang yang khianat diberi amanah, sedang orang yang jujur diabaikan.
Penipuan menjadi kelaziman, rasuah berleluasa, gempa-bumi di sana-sini. Orang yang diangkat sebagai pemimpin adalah orang yang rosak akhlaknya, sedang orang yang baik makin dipinggirkan. Agama dan ulamanya diperlekehkan, agama dijadikan alat jual beli dan perdagangan, hamba melahirkan tuannya, arak diminum secara berleluasa, pesta hiburan menjadi-jadi, dan pemimpin sibuk mengumpulkan harta tanpa pedulikan nasib rakyat dan orang yang dipimpinnya.
Inilah tanda-tanda jelas yang sudah ada, ditambah dengan meluasnya peperangan di sana-sini, sesuangguhnya Kiamat itu Pasti, Perhimpunan di Mahsyar itu pasti, hitungan baik buruk di atas neraca Timbangan itu pasti, perjalanan melalui Titian Siratul Mustaqim itu pasti, syurga dan neraka itu adalah pasti, bertemu Rasul dan Allah itu adalah pasti.
Persoalannya sudah pastikan kita tentang cara hidup diurus tadbir, pastikah kita dengan amal kebaikan kita?, pastikah kita dnegan niat dan iqtiqad kita?, pastikah kita dengan hubungan sesama manusia?, pastikah kita tentang solat, puasa. zakat, haji dan sedeqah kita?, pastikah kita hati budi kita?, pastikah kita tentang layanan baik kepada dua ibu bapa kita?, semuanya harus dipastikan, kerana KIAMAT ITU ADALAH PASTI, dan JANJI ALLAH ITU PASTI, benar-benar akan berlaku, hari yang tiada ada penyesalannya nanti, hari yang tiada siapa pun mampu membantu kita, yang berperanan pada hari itu adalah amalan baik-buruk kita.
Thursday, May 10, 2007
KUATLAH PULOK..
Benarlah kata-kata Allahyarham Tun Dr. Ismail, 'apa makna kemajuan, jika Melayu tidak maju". Kelantan dan rakyatnya adalah simbol dan ikon bagaimana sebuah bangsa berdikari. Berusaha gigih dalam bidang keusahawanan, tinggi nilai budi bahasa, kaya penghayatan agamanya. Sebab itu, dalam memelihara model kemajuan bangsa ini, janganlah terlalu banyak elemen politik dimainkan, sehingga menghancurkan sempadan terakhir keunggulan bangsa ini. Di banyak negeri-negeri lain, semua urusan ekonomi primarynya dikuasai oleh bangsa asing. Melayu hanya menjadi pemerhati, melayu hanya dinobatkan ke hiraki kuasa, tetapi bangsa Melayu umumnya hanya menghirup kuah, tulang , isi diambil oleh orang lain.
Saya berbangga dengan rakyat Kelantan, saya hargai sumbangan anak rantaunya yang tidak pernah lupakan asal usul mereka. Saya mengkagumi kegigihan anak muda Kelantan yang sanggup berpanas terik, berhujan ribut menjadi buruh kontrak, biarlah dari menyerahkannya kepada buruh pendatang. Saya tertarik dengan ramah tamah gadis Kelantan, keupayaan mereka menjadi usahawan, menguasai segenap ruang, medan selera, menjadi pengurus restoran, penebar roti canai, gigih bekerja, bersunguh-sungguh sepertimana lambang kegigihan Siti Khadijah r.a isteri Rasullululah s.aw.
Di mana lagi mahu ditemui monopoli perniagaan dan urusan jual barang yang dikuasai oleh Muslim? dimana lagi boleh ketemui pelbagai jenis makanan, rasa aman dan seronok untuk berjalan dan terasa nikmat beribadat selain di Kelantan. Terima kasih Kelantan, Kota Bharu, Machang, Pasir Pas, Kuala Krai, Meranti, Ketereh, PCB, Rantau Panjang dan Gua Musang, yang menjadi saksi dan memberikan aku gambaran sebenar tentang Kelantan. Indah dipandang, indah dilihat dan Kelantan dengan jatidiri rakyatnya, semangat berdikari masyarakatnya, penghayatan agama, ramah tamah dan kesederhanaan komunitinya menjadikan negeri ini KUATLAH PULOK.. KELATE COME SOKMO. MAGHI GI JALE-JALE DI KELATE.