Saya terpegun melihat kegigihan rakyat Kelantan berdikari. Dari usahawan taninya, penjual makanannya, usahawan besar, penjual kereta, kedai alatganti motosikal, pasaraya besar,malah hotel penginapannya dimiliki oleh bangsa Melayu.
Benarlah kata-kata Allahyarham Tun Dr. Ismail, 'apa makna kemajuan, jika Melayu tidak maju". Kelantan dan rakyatnya adalah simbol dan ikon bagaimana sebuah bangsa berdikari. Berusaha gigih dalam bidang keusahawanan, tinggi nilai budi bahasa, kaya penghayatan agamanya. Sebab itu, dalam memelihara model kemajuan bangsa ini, janganlah terlalu banyak elemen politik dimainkan, sehingga menghancurkan sempadan terakhir keunggulan bangsa ini. Di banyak negeri-negeri lain, semua urusan ekonomi primarynya dikuasai oleh bangsa asing. Melayu hanya menjadi pemerhati, melayu hanya dinobatkan ke hiraki kuasa, tetapi bangsa Melayu umumnya hanya menghirup kuah, tulang , isi diambil oleh orang lain.
Saya berbangga dengan rakyat Kelantan, saya hargai sumbangan anak rantaunya yang tidak pernah lupakan asal usul mereka. Saya mengkagumi kegigihan anak muda Kelantan yang sanggup berpanas terik, berhujan ribut menjadi buruh kontrak, biarlah dari menyerahkannya kepada buruh pendatang. Saya tertarik dengan ramah tamah gadis Kelantan, keupayaan mereka menjadi usahawan, menguasai segenap ruang, medan selera, menjadi pengurus restoran, penebar roti canai, gigih bekerja, bersunguh-sungguh sepertimana lambang kegigihan Siti Khadijah r.a isteri Rasullululah s.aw.
Di mana lagi mahu ditemui monopoli perniagaan dan urusan jual barang yang dikuasai oleh Muslim? dimana lagi boleh ketemui pelbagai jenis makanan, rasa aman dan seronok untuk berjalan dan terasa nikmat beribadat selain di Kelantan. Terima kasih Kelantan, Kota Bharu, Machang, Pasir Pas, Kuala Krai, Meranti, Ketereh, PCB, Rantau Panjang dan Gua Musang, yang menjadi saksi dan memberikan aku gambaran sebenar tentang Kelantan. Indah dipandang, indah dilihat dan Kelantan dengan jatidiri rakyatnya, semangat berdikari masyarakatnya, penghayatan agama, ramah tamah dan kesederhanaan komunitinya menjadikan negeri ini KUATLAH PULOK.. KELATE COME SOKMO. MAGHI GI JALE-JALE DI KELATE.
No comments:
Post a Comment