Buatlah telahan apapun, analisis mudahnya pakatan pembangkang(BA) sekali lagi bakal tewas dalam Pilihanraya Umum ke-12.
Lapan faktor mendorong ke arah itu :
1) Sikap pengundi di Malaysia masih kekal bercorak risk averse berbanding risk ataking, kecuali di beberapa buah negeri typical Malay, 80% pengundi di negeri berkenaan adalah Melayu(Kedah, Kelantan, dan Trengganu).
2) Ketiadaan common isu yang boleh meruntun hati, simpati dan emosi pengundi sepertimana isu 'mata lebam' dan penganiayaan ke atas DSAI semasa Pilihanraya Umum 1999 yang lalu. Harus diingat majoriti pengundi Melayu , lebih mudah dipengaruhi dengan isu-isu emosi, dan dekat dihati.
3) Peranan DSAI yang tidak akan berjaya memenangkan pembangkang, kerana strategi kempen beliau lebih terarah untuk memenangkan diri sendiri dan menonjolkan kepada UMNO kononya beliau masih berpengaruh. Fokus strategi kempen beliau makin hilang.
4) Jentera pilihanraya UMNO dan BN yang makin padu setelah mealui proses 'warming upa' dalam 5 Pilihanraya kecil yang lalu, bermula dengan Kuala Berang, Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan Ijok.
5) Ketiadaan isu-isu setempat yang boleh menggugat kredibiliti, pucuk pimpinan sebaliknya yang diuar-urakan adalah isu besar, nasioanal yang tidak ada signifikan kepada pengundi DUN mahupun Parlimen.
6) Sumber modal yang terhad, dan gabungan pembangkang yang masih longgar
7) Sikap Pak Lah dan Dato' Seri Najib yang 'cool' , bersahaja tidak membuka ruang kepada pembangkang untuk mencari helah menundukkannya. Budaya rakyat Malaysia dan pengundi Melayu, makin Pak Lah dan Dato Najib dikata, simpati kepada mereka berdua makin bertambah.
8) Feel good factor dan imbuhan pelbagai yang kean langsung bakal dinikmati rakyat hasil pelaksanaan dasar dan pengumuman pemerintah. Rakyat Malaysia mengutamakan 'demonstration effect". Mereka perlu fikirkan keutamaan, seperti nafkah, sara hidup, keselesaan, dan asas untuk hidup. Apa yang ada dihadapan mereka, itulah yang dirasakan terbaik dan jika sistem sedia ada sudah cukup baik bagi mereka, kenapa harus diperjudikan nasib atas nama
demokrasi dan hak memilih.
VIVA BN, TEWAS LAGI BA.
No comments:
Post a Comment