Monday, May 21, 2007

PEMUDA PENENTU NASIB MASA DEPAN NEGARA


Saidina Ali. r.a merupakan contoh pemuda terbilang. Kanak-kanak pertama memeluk Islam, berjiwa berani demi kebenaran perjuangan, disaat kaum keluarganya yang lebih berkuasa, besar saiz fizikalnya menolak untuk membela Rasullululah s.a.w, namun dengan tegas beliau menyatakan 'Akulah yang akan membelamu Rasullululah s.a.w. Sanggup bertaruh nyawa menggantikan tempat tidur Rasullululah s.a.w di malam baginda berangkat berhijrah ke Madinah.
Ahlak terpuji dan kekentalan semangat jiwa pemuda ini diwarisi oleh putera-putera beliau Saidina Hassan r.a dan Saidina Hussin r.a. Jiwa pemuda di zaman Rasullululah s.a.w diasuh dengan semangat dan roh ke Islaman yang tinggi. Sikap dan budaya mereka dibentuk hasil asuhan institusi masjid. Keberanian mereka dinyalakan pada puncak perjuangan berteraskan 'kebenaran' dan dan keikhlasan.
Namun jiwa pemuda dan pemudi kini diasuh dan digula-gulakan dengan budaya 'Akademi Fantasia'. Disuntik dan disogok dengan hiburan melampau dan amalan hendonisme. Akhlak pemuda dan pemudi kini disogok dengan pesta-pestaan bukannya kesuburan budaya ilmu. Saidina Umar Al-Khatab r.a pernah berkata 'jika mahu melihat masa hadapan negara, lihatlah akhlak pemuda dan pemudinya masa kini"
Tokoh revolusi Bosheveik menegaskan " the best revolutionary is the youth without moral". Dan pejuang kemerdekaan Indonesia, Bung Karno dengan bersemangat mengucapkan 'berikan aku 100 orang pemuda, nescaya aku akan ganyang Belanda". Inilah besarnya peranan pemuda. Boleh diguna untuk tujuan positif, membina negara atau sekaligus boleh juga menjadi duri dalam daging, menghancurkan keseluruhab ketamadunan bangsa dan agama.

No comments: