Sunday, May 20, 2007

BOCOR SANA, BOCOR SINI, AKU DATANG NAK MEMBETULKAN RUMAH BUKAN NAK MINTA SEWA RUMAH..


P. Ramlee bukanpun lulusan Ph.D.
P. Ramlee tidak pernah mendapat didikan formal dibidang lakonan, muzik, gubahan lagu di Beketley College atau Broadway. Pancaran idea dan nilai futuristik P. Ramlee jelas tersohor di dalam karyanya. Kekuatan ilmu, pantulan idea bernas, kritikan sosial, pengajaran nilai berkembang luas dalam setiap sentuhan karyanya. Dialog dalam filem 'MADU TIGA' ketika datang mahu meminta sewa rumah yang tertangguh, yang disewa Pak Ali bersama anaknya si Rohani, jelas memaparkan ilham P. Ramlee, bahawa disuatu masa nanti dalam gelora pembangunan di Malaysia, akan timbul perdebatan hebat tentang isu bocor, terbocor dan kebocoran.
Lihatlah realitinya. P. Ramlee mampu berfikir jauh melangkaui zamannya, mampu meramal apa yang berlaku, dilimpahi rahmat Tuhan untuk melihat nasib negara, bangsanya di masa hadapan. Kini bukan sahaja isu bocor tiap-tiap bulan yang berlaku kontroversi antara MP Kinabatangan, Jasin dan Batu Gajah, malah bumbung Parlimen bocor. Bumbung Jabatan Imigresyen bocor, bumbung bangunan KPUDK(Kem. Pembangunan Usahawan dan Koperasi) turut bocor. Soalan peperiksaan bocor, gambar peribadi banyak yang bocor diintenet, projek untuk Bumiputera berlaku banyak ketirisan dan kebocoran.
Bocor sana, bocor sini.

No comments: